TV AlHjirah rangkul dua pengiktirafan menerusi pencapaian digital

by

on

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – TV AlHijrah baru-baru ini menerima pengiktirafan The BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Business & Brands Award 2024 – Nation Branding bagi kategori Kandungan Digital Terbaik.

Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata, ini adalah permulaan yang baik bagi TV AlHijrah yang  mengembangkan penyebaran maklumat melalui platform digital di aplikasi AlHijrah Plus.

“Pengiktirafan ini membuktikan kandungan digital TV AlHijrah telah diterima oleh orang ramai dan seterusnya kita perlu menyediakan lebih banyak kandungan digital di masa hadapan.

“Saya seru semua penonton stesen ini untuk memuat turun aplikasi AlHijrah Plus bagi menikmati kandungan digital TV AlHijrah di platform digital.

“Lebih 133 ribu pengguna aktif bersama kami sejak aplikasi ini diperkenalkan pada tahun 2022.

“Anugerah ini juga adalah hasil titik peluh seluruh kakitangan TV AlHijrah yang bertungkus lumus menyediakan pelbagai kandungan terbaik untuk disajikan kepada penonton TV AlHijrah,” katanya.

Nadzariah berkata, majlis anugerah ini dihadiri oleh pelbagai tokoh industri, pemimpin korporat, serta para profesional yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

“The BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Business & Brands Award 2024 – Nation Branding Award adalah satu pengiktirafan yang diidamkan oleh banyak organisasi, kerana ia menilai dan menghargai jenama-jenama yang menunjukkan prestasi luar biasa dalam pelbagai kategori,” katanya.

Dalam pada itu, aplikasi AlHijrah Plus juga berjaya merangkul anugerah berprestij dari Singapura di majlis Anugerah Asia-Pacific Broadcasting Awards 2024 bagi kategori projek Terrestrial OTT Platform (Malaysia) pada 30 Mei yang lalu.

Anugerah Asia-Pacific Broadcasting Awards 2024 ini bertujuan mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan organisasi antarabangsa dalam projek yang memajukan industri penyiaran menerusi kandungan, inovasi dan digitalisasi.

Antara panel juri  anugerah ini adalah Kiran Karunakaran, Wilson Chow dan Pattaraphan Paiboon.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.